Selasa, 10 November 2015

IKAN KARIN ATAU IKAN LAGA

garang
Semasa aku kecil inilah aktiviti aku semasa musim cuti sekolah kalau tak melastik melastik burung iaitu mencari ikan karin. Ikan yang membiuna buih dalam lopak-lopak air mudah dikesan dengan kehadiran buih bawah daun atau dalam lubang lopak. Itu nama panggilan orang kedah tapi kalau kat tempat panggil ikan laga kot? Kalau dulu ikan karin yang kami cari berwarna hitam dan ekor bul;at berwarna-warni. Apabila dicampur dua ekor sekali ikan karin akan berlawan sampai ada yang kalah. Ikan yang kalah akan berubah serta merta menjadi pucat. Tapi sekarang ikan karin terkenal dengan ikan hiasan yang cantik. Dengan kemasukan ikan karin dari luar aku sendiri pun dah tak pasti mana satu ikan karin tempatan. Yang aku tahu sekarang ikan karin ni dibezakan mengikut bentuk dan warna ekor. Yang tu aku memang tak tahu kerana aku bukan peminat ikan karin lagi.

ni ikan cari yang aku main dulu
tak tahu jenis apa tapi cantik

cantik

memang kiut

menawan

yang ni ada nama

pelik

tapi benar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan